Konsep pause adalah cara yg baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kpd tindakan secara rasioanl. Menjadi penyabar semasa marah adalah jln yg terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa yg sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita. Oleh itu, konsep 'pause' boleh digunakan bagi membantu diri menjadi lebih rasional semasa marah.
Kita perlu melakukan 2 perkara iaitu,
a) Berdiam diri dan
b) Berfikir.
Semasa kita dimarahi juga, kita perlu melakukan 2 perkara diatas.
- Langkah yg pertama, kita perlu diam. Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan tindakan kedua iaitu berfikir.
- Langkah kedua, berhenti sejenak dan mula berfikir.
2. Apakah kesan kemarahan aku nanti?
3. Bagaimana pandangan Allah kpd aku?
Sekiranya persoalan ini diteliti, ia mampu mengembalikan kita kpd realiti keadaan sebenar. Kita kembalikan diri kita kpd beberapa aspek rasioanl diri dan kesannya kita akan tersedar dari minda separa sedar semasa marah. Lalu akan terbit rasa timbang rasa kpd pihak yg menerbitkan rasa marah kita itu.
Oleh itu, konsep pause ini sedikit sebanyak mampu menerbitkan rasa sabar sebagai salah satu jalan mengurus perasaan marah yg meluap-luap itu.
Sy harap, konsep 'pause' ini boleh membantu kpd mereka yg suke sgt cepat naik angin :) dan jgn lupe, baca *a'uudzubillah* bila perasaan marah sedang menguasai diri kita. Insyallah, dgn bacaan itu, kita akan menjadi lebih reda.
. . .
- Sahabat, ketahuilah bahawa marah itu adalah merugikan.
- Rugi tenaga, energi tubuh kita habis kerana marah-marah.
- Rugi waktu, aktiviti yang bermanfaat mungkin tertangguh gara-gara marah.
- Rugi barang, kepada yang suka menghempas barang apabila marah
- Rugi kesihatan. Kesihatan kita sendiri akan terjejas jika marah berterusan
No comments:
Post a Comment