Monday, 29 October 2012

Hukum Amalan 'Hantaran'



Rasulullah SAW pernah bersabda: “Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.” – [al-Adab al-Mufrad, Hadis No: 594 dengan Sanad yang Hasan]

Merujuk kepada amalan dulang-dulang hantaran, ia merupakan adat masyarakat Melayu di Malaysia. Justeru saling memberi hadiah adalah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam. Sekalipun adat, ia memiliki dasar di dalam Islam di mana dulang-dulang tersebut merupakan hadiah di antara pengantin pihak lelaki dan perempuan.

Diharapkan dengan pertukaran hadiah-hadiah tersebut, ia akan dapat menjalin hubungan silaturrahim dan kasih sayang yang baik di antara kedua-dua keluarga pengantin.

Walau bagaimanapun, syarat-syarat hadiah adalah ia diberikan secara ikhlas, mengikut kemampuan pemberi dan tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga di hadapan orang lain. Oleh itu, amalan memberi dan bertukar dulang-dulang hantaran di antara pengantin pihak lelaki dan perempuan ialah HARUS dan ianya hendaklah dilakukan secara ikhlas, yakni mengharapkan balasan dan keredhaan Allah.

Ia hendaklah disediakan dengan kos yang selari dengan kemampuan pemberi, jangan sehingga berhutang atau makan mee segera semata-mata untuk menyediakan dulang hantaran. Paling penting, persediaan dulang-dulang hantaran adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang di antara kedua-dua pihak pengantin. Maka, jangan jadikan ia sumber menunjuk-nunjuk kehebatan, kemewahan dan status kepada orang lain.

Betapa banyak majlis pertunangan dan perkahwinan yang dulang-dulang hantarannya diharapkan menjadi sebutan orang, namun selepas itu kehidupan kedua-dua mempelai mahupun hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua pihak tidak seperti yang diharapkan.

Sunday, 28 October 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Ini adalah 9 mimpi Nabi Muhammad SAW sebelum di israqkan. Mimpi-mimpi berlaku pada malam Nabi Muhammad SAW sebelum Baginda di Israqkan.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"
Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan"


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


Sabda Rasulullah saw: "Sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat"


7 Sunnah Rasulullah s.a.w

Cara hidup siapa lagi yang kita hendak ikut kalau bukan junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW. Jom kita ikuti apakah sunnah rasulullah saw semasa hayat baginda masih hidup.


Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
KelimaJaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Jadi apa tunggu lagi, jom kita sama-sama terapkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita  sepertimana baginda ada bersabda iaitu  “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Monday, 22 October 2012

Mengenali Nabi Muhammad s.a.w

     Rasulullah SAW atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah merupakan seorang manusia yang paling layak untuk dijadikan idola paling unggul di dalam sejarah kehidupan manusia.

     Dilahirkan pada pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi, baginda Rasulullah SAW merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana dunia sebagai pemimpin. P
aling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya sehingga kini.

     Ketika berusia lima tahun, dada Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya.

     Bapa baginda, Abdullah bin Abdul Muttalib telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan ibunya Aminah binti Wahab pula wafat ketika baginda berumur 6 tahun yang kemudiannya meletakkannya dibawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib bin Hashim. 

     Setelah datuknya meninggal dunia dua tahun kemudian, Muhammad SAW dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Muttalib, sehingga dewasa.

     Muhammad SAW digelar sebagai Al-Amin yang mencerminkan ketinggian intergiti dan akauntabilitinya sebagai individu yang paling dipercayai di kalangan masyarakat Makkah Al-Mukarramah.

     Berikut adalah biodata Rasulullah SAW, insan idola bagi seluruh manusia sehingga ke akhir zaman;

NamaMuhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan. (Bani Hashim)

Nama bapaAbdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Nama ibuAminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Tempat lahirDi rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Tarikh lahirSubuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

Tarikh wafat : Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.

Tempat wafatMadinah Al-Munawwarah.

Usia ketika wafat63 tahun.

Nama isteri-isteri :
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)
*semua ummul mukminin adalah janda melainkan Sayyidatina Aisyah Binti Abu Bakar

Nama anak-anak :
1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)

Bentuk fizikal :
     Baginda Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu. 

     Muhammad SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang lebar dan tidak berbulu. Namun diriwayatkan bahawa bahagian dadanya berbulu dan baginda memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal. 

     Riwayat juga menyatakan bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Di antar kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian. 

     Selain itu, Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi, berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.

Warna kegemaran
Merah, Putih dan Hijau.

Makanan kegemaran
Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.

Sukan kegemaran
Menunggang kuda, memanah dan berenang.

Peperangan yang disertai :
1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5. Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk

     Demikianlah sebahagian dari biodata ringkas Muhammad SAW, manusia terulung dan kekasih Allah SAW yang bakal memberikan syafa’at kepada umatnya pada hari kiamat kelak.

     Semoga kita ummat Muhammad SAW akan terus kekal meneruskan sunnah baginda selagi hayat dikandung badan dan menjadikannya sebagai idola yang terunggul di dalam hidup kita selamanya, wallahu’alam. 


Sunday, 21 October 2012

Mimpi Dalam Konteks Islam


MASYARAKAT kita sering mengaitkan mimpi sebagai petunjuk kepada perkara baik atau buruk. Namun, tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat.
Pegawai Agama Masjid Putra Nilai, Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanafi, berkata kepercayaan masyarakat kepada penafsiran mimpi adalah tidak bersandarkan dalil syarie yang disepakati ulama mengenai kesahihannya.
“Kitab rujukan seperti Tajul Muluk dan sebagainya bukanlah satu kitab muktabar. Ia hanyalah petua orang terdahulu. Umat Islam perlu memilih panduan berkaitan permasalahan penafsiran mimpi ini sebagaimana hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:   “Jangan engkau ceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang alim atau orang yang cerdik akalnya.
“Nabi Yusof a.s diberikan mukjizat mahir menafsir mimpi sehingga berjaya mengeluarkan negara Mesir daripada kemarau yang panjang melalui mimpi rajanya ketika itu.
“Bahkan nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, sesiapa yang bermimpi berjumpaku dalam mimpi maka ia benar kerana iblis tidak dapat menyerupai wajahku.
“Persoalannya, sejauh mana keyakinan dan pengetahuan kita berkaitan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan di sinilah orang ramai mengaku berjumpa nabi s.a.w dalam mimpi yang mendakwa mereka berkomunikasi dengannya dalam bahasa Melayu,” katanya.
Beliau berkata menghairankan apabila nabi s.a.w berbangsa Arab Quraisy mampu bertutur dalam bahasa Melayu dan dengan itu terserlah tugas iblis yang mahu menyesatkan orang ramai.

“Petanda dalam mimpi seperti patah gigi, dibelit ular, dikejar ombak dan sebagainya ada tafsiran tersendiri sebagai ilham yang dikurniakan kepada individu dengan syarat tertentu seperti orang itu bertakwa, tidak melakukan maksiat. Barulah petunjuk itu hampir kepadanya.
“Paling jelas, sekiranya seseorang bermimpi berada dalam rumah ibadat agama lain itu adalah petanda orang berkenaan akan ditimpa musibah sihir,” katanya.
Beliau berkata apabila kita bermimpi perkara buruk atau ngeri, nabi s.a.w mengajar kita supaya mendapatkan berlindung daripada Allah s.w.t.
Menurutnya, orang yang mendakwa bermimpi arwah boleh disebabkan waris amat merinduinya sehingga terbawa-bawa dalam tidur.
“Justeru, pastikan kita mengikut sunnah sebagaimana yang diajar nabi s.a.w seperti membaca ayat Kursi. Hadis al-Bukhari yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Baginda bersabda yang bermaksud: Apabila engkau baring di tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi. Maka sesungguhnya akan sentiasa bersamamu penjaga daripada Allah dan syaitan tidak menghampirimu sehingga subuh.
“Nabi s.a.w juga mengajar supaya merapatkan kedua belah tangan, kemudian meniup keduanya dengan membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudiannya menyapu seluruh tubuhnya dengan kedua belah tangan dimulakan dari kepala,muka kemudian seluruh badan yang tercapai tangan sebanyak tiga kali,” katanya.

Friday, 19 October 2012

3 Hal




Terdapat 3 Hal yg pasti @ tidak pasti, yg kita tahu @ tidak pernah tahu. Apakah hal itu? Jom kite baca nie..

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan.

Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam.

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran.

Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan.

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi.

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras.

Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus.

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh.

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI, iaitu :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

Thursday, 18 October 2012

Dimanakah Tahap Sembahyang Kita


Ramai orang yg solat. Hari-hari solat. Tak penah tinggal. Cukup 5 waktu. Tapi khusyuk kah dia bila solat? haa.. ni yg nak cite nie. Rugi lah bila kita solat 5waktu sehari semlm tapi tak khusyuk.

Terdapat 9 jenis golongan apabila ia solat. Kamu nk tahu, kamu diantara golongan yg mane? ok, sekarang baca!



Golongan Pertama
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang mahupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan Ketiga
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang,sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan Keempat
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.





Golongan Kelima
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan Keenam
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana
yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.

Golongan Ketujuh
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya.
Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

Golongan Kelapan
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa
iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

Golongan Kesembilan
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.


...

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama sekali soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam. Wallahualam bissawab. 

Note: Manusia akhir zaman sekarang ni mmg susah untuk khusyuk, apa yg perlu kita buat adalah berdoa dan berusaha. Insyallah




Pesanan Ringkas (1)


Kawan-kawan semua. Hari ini, adalah hari utk kita berfikir & renungkan. Saya ada terbaca 1 artikal di satu laman sosial, jadi sy ingin berkongsi cerita tersebut. Kisah nie, pasti ramai yg dah tahu tetapi pada mereka yg masih belum tahu, bole lah bace dan kalau bole, renungkan lah sedalam-dalamnye :)

Ustaz Kazim Elias berkata:

Bila kita dah meninggal dunia,dah ada dalam kubur kelak,kita akan merayu pada Allah untuk balik ke dunia,untuk balik ke pangkuan keluarga,bukan sebab kita nak gathering dengan keluarga tapi sebab kita nak berpesan kepada keluarga "solatlah!".

hakikatnya kita tak boleh balik ke pangkuan keluarga,tapi malaikat akan cakap"tidurlah kamu ibarat tidurnya pengantin!"

Maksudnya pada malam pertama pengantin,takkan ada siapa yang kacau kan?macam tu la diibaratkan,tidurlah kita sehingga tibanya kiamat!


Haaa... begitulah al-kisahnya. pendek & ringkat (mudah difaham).

Wednesday, 17 October 2012

4 Lelaki Yg Ditarik Ke Neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah -


Pertama - Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua - Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga - Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat - Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda.Kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri. Jalankan perintah allah swt dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Kenapa Doa Tidak Dimakbulkan?

Ramai yg mempersoalkan kenapa kita berdoa tapi tidak dimakbulkan? Penat dah kita berdoa tapi same je. Still xde hasil, malah makin menjadi rumit atau sebaliknya. Mari kita same2 renungkan..

KENAPA DOA KITA TIDAK DIMAKBULKAN OLEH ALLAH SWT? walhal Allah dah janji akan memakbulkan doa kita jika kita berdoa kepadaNya.



Jawapannya adalah seperti berikut -

1) Kamu kenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan suruhanNya.

2) Kamu baca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

3) Kamu cintakan Rasulluallah tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya.

4) Kamu makan rezeki Allah tetapi kamu tidak bersyukur dengannya.

5) Kamu percayakan syurga itu adalah benar tetapi kamu tidak beramal utknya.

6) Kamu tidak suka akan syaitan tetapi kamu tidak menentangnya.

7) Kamu percaya akan neraka tetapi kamu tidak lari daripadanya.

8) Kamu takut dengan kematian tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

9) Kamu bangun drpd tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.

10) Kamu mengebumikan mayat tetapi kamu tidak mengambil iktibar drpdnya.



Allah swt telah berfirman pada kitab suci Al-Quran: "mintalah kamu sekalian kpdku nescaya akan aku kabulkan". Namun berfikirlah adakah kita layak menerimanya, jika kita terdiri dari golongan yg lalai dan mendustakan Allah swt. Sama-samalah kita bermuhasabah.

Sekian, terima kasih :)

Cara Mengawal Marah

Assalamualaikum, hari nie kita cite tentang konsep 'pause'.

Konsep pause adalah cara yg baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kpd tindakan secara rasioanl. Menjadi penyabar semasa marah adalah jln yg terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa yg sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita. Oleh itu, konsep 'pause' boleh digunakan bagi membantu diri menjadi lebih rasional semasa marah.



Kita perlu melakukan 2 perkara iaitu,

a) Berdiam diri dan
b) Berfikir.

Semasa kita dimarahi juga, kita perlu melakukan 2 perkara diatas.
  • Langkah yg pertama, kita perlu diam. Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan tindakan kedua iaitu berfikir.
  • Langkah kedua, berhenti sejenak dan mula berfikir.
1. Mengapa aku perlu marah?
2. Apakah kesan kemarahan aku nanti?
3. Bagaimana pandangan Allah kpd aku?

Sekiranya persoalan ini diteliti, ia mampu mengembalikan kita kpd realiti keadaan sebenar. Kita kembalikan diri kita kpd beberapa aspek rasioanl diri dan kesannya kita akan tersedar dari minda separa sedar semasa marah. Lalu akan terbit rasa timbang rasa kpd pihak yg menerbitkan rasa marah kita itu.

Oleh itu, konsep pause ini sedikit sebanyak mampu menerbitkan rasa sabar sebagai salah satu jalan mengurus perasaan marah yg meluap-luap itu.

Sy harap, konsep 'pause' ini boleh membantu kpd mereka yg suke sgt cepat naik angin :) dan jgn lupe, baca *a'uudzubillah* bila perasaan marah sedang menguasai diri kita. Insyallah, dgn bacaan itu, kita akan menjadi lebih reda.


. . .

- Sahabat, ketahuilah bahawa marah itu adalah merugikan.
- Rugi tenaga, energi tubuh kita habis kerana marah-marah.
- Rugi waktu, aktiviti yang bermanfaat mungkin tertangguh gara-gara marah.
- Rugi barang, kepada yang suka menghempas barang apabila marah :P
- Rugi kesihatan. Kesihatan kita sendiri akan terjejas jika marah berterusan

Tuesday, 16 October 2012

Muasabah Diri (1)

Assalamualaikum, meh sini meh. kita muasabah diri (secara rawak) dengan kata-kata indah. bukan kata-kata palsu ok! hehe




Diantaranya ialah :-

a) Letakkan diri kita di bawah. Jangan letakkan diri kita lebih drpd org lain dan sifat rendah diri itu adalah sifat yg mulia.

b) Allah uji sebab Allah syg. Setiap apa yg berlaku pada kita adalah dgn izin Allah. Sebab itu kite kene bersangka baik pada Allah.

c) Jangan kita mengeluh bila dilanda musibah. Dengan musibah itulah kita akan lebih ingat dan lebih dekat dengan Allah.

d) Allah mencintai orang yg bertaubat kepadanya. Tetapi kita perlu istiqamah dan ikhlas keranaNya.

e) Allah ciptakan kita utk beribadah kepadaNya. Tapi Allah dah sebut dlm Al-Quran, hanya sedikit sahaja di kalangan hambanya yg bersyukur.

f) Kita manusia biase, memang tak bole lari dari buat salah. Walaupun dosa itu kecil, pasti akan ada juga. Kita kena kuat menghadapi ujian Allah.

g) Lembutkan hati dengan membaca Al-Quran. Bersihkan hati dgn sentiasa berzikir.

h) Hormatlah org yg dengki dgn kita kerana mereka tak mampu utk hidup bahagia dan aman mcm kita.

i) Memakai tudung memang panas. Tapi dekat akhirat nanti akan jadi sejuk. Memakai baju seksi memang sejuk tapi dekat akhirat akan jadi panas.

j) Org islam dulu sgt takutkan Allah lebih dari segalanya. Malangnya hari ini org lagi takut hantu, jin, syaitan lebih dari Allah swt

k) Org yg paling menyesal di hari kiamat adalah org yg berbicara keadilan dan ia sendiri tidak melaksanakannya.

l) Rezeki yg allah bagi tu utk kita agih-agihkan dan bukan utk kita simpan sampai jadi gunung. Bersedekah lah!

dan akhir skali ... 

m) Umat akhir zaman ni memang perlu kekuatan dan kesabaran utk istiqamah. Memang bukan mudah. Tapi jangan lah putus asa dan mudah mengalah.


Untuk hari nie, ini saja yg dpt sy bentangkan. terima kasih pd mereka yg membaca. assalamualaikum..