Tuesday, 25 December 2012

10 Ayat Pedas Untuk Orang Yang Bagi Alasan Kubur Masing-Masing!





'Kubur masing-masing' antara alasan tipikal yang kerap diguna pakai oleh mereka yang sangat-sangat ego dan bongkak untuk menerima teguran atas kejahilan yang mereka lakukan. Berikut adalah 10 contoh ayat makan dalam yang boleh dipraktikkan ke atas golongan macam ni.

Memanglah Kubur Masing-Masing. TAPI....

1. Mati nanti, kau mandi sendiri, kafan sendiri, solat jenazah sendiri. Kubur pun kau gali sendiri, tanam sendiri.

2. Sebab kubur masing-masing la aku nak nasihat kau. Kalau kita sekubur, boleh jugak aku tolong jawab bila Malaikat soal. Kalau nak kena balun, boleh aku tolong cover kau.



3. Aku takut orang tak nak datang baca Yassin nanti sebab tak tahan bau busuk jenazah kau. Nak ziarah atau cium jenazah kau pun tak sanggup sebab berulat.

4. Aku tak nak dapat dosa sebab tak tegur kau. Tak naklah teman kau kat neraka tu. Takde air-cond.

5. Pastikan kau tulis wasiat supaya kubur kau ditanam di tanah perkuburan khas untuk kau sorang je. Sebab takut orang lain dalam kubur sebelah rasa terganggu sebab asyik dengar suara kau terpekik terlolong kena siksa.

6. Bukan setakat kubur. Rumah pun orang duduk asing-asing. Tapi kalau kau buat bising, rumah kau busuk, kotor, kau ingat jiran sebelah suka?

7. Kau ingat dalam kubur tu macam hotel ke boleh santai-santai walaupun buat dosa? Dengan sempitnya, ular, kala jengking dan macam-macam lagi azab siksa kubur.

8. Kesianlah kat orang yang nak usung jenazah kau tu. Patah tulang bahu diorang nanti sebab mayat kau berat sangat. Tak pasal-pasal nanti nak kena sewa kereta kebal pulak usung mayat kau.

9. Kau yakin ke mati nanti kau masuk kubur? Aku takut tanah tak nak terima jenazah kau je. Orang lain jugak susah nak kena ke laut semata-mata nak campak mayat kau tu.

10. Aku nak tolong kau kat dunia ni sebab bila dah masuk kubur tak boleh nak tolong dah. Sebab semua orang akan buat hal masing-masing. Hinggakan, walau kita semua bertelanjang bulat kat padang mahsyar nanti, takdenye ada orang nak peduli tengok kau punya.

Buat golongan yang suka bagi alasan kubur masing-masing tu, insaflah. Jangan dibuat main dengan siksa kubur. Apatah lagi azab neraka kelak. Jangan berlagak tak kena tempat bila ditegur. Memang kubur masing-masing. Tapi jangan menyusahkan orang lain yang nak menguruskan jenazah kau sebelum dibawa masuk ke kubur masing-masing kau tu.


Thursday, 13 December 2012

7 Mata Yang Dicintai Oleh Allah s.w.t

TUJUH


Binatang Dari Neraka Jahanam

Al-kisah yang tersangat lah ringkas. Mudah difahamkan :) yang bertajuk Binatang Dari Neraka Jahanam. Siapakah Binatang tersebut? Moh kita baca artikal ini ...



Dikisahkan dalam sebuah kitab bahwa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, “Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?”
Lalu berkata Huraisy : “Aku mencari lima jenis orang .”
1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.

Wahai sahabat semua, beringat lah! kita hidup di dunia hanyalah sementara. Allahuakbar!!


Monday, 19 November 2012

Koleksi Foto (GAZA)

Assalammualaikum,

Hari ini, sy nak kongsi kan serba sedikit gambar yang berkaitan dengan perang antara Israel & Palestine. Subhanallah! betapa kejamnya Israel sehingga sanggup melihat anak-anak kecil, warga emas dan rakyat Palestine dalam keadaan yg sebegitu rupa.

Subhanallah!! Allahuakbar!!

diantaranya :-


Palestine diserang !!


Di dunia kami ditindas, dihina dan diacuhkan..Tak jadi masalah buat kami, karana kami tahu di akhirat nanti kalianlah yang paling hina..


As Syahid Ateya Mobarak ,55 tahun , pergi ke Masjid untuk melaungkan azan Subuh, dan pulang sebagai Syahid.


"Sayangku, kau masih mampu tersenyum saat kematian menjemputmu. Ya, kau tersenyum kerana melihat tempatmu di syurga. Bahagialah kau di sana"


Kanak-kanak maut apabila rumahnya diserang bom oleh pesawat pejuang rejim Zionis.


Dalam serangan rejim zionis Israel ke atas Ketua Tentera Hamas, Ahmed Al-Jaabari telah terbunuh. Keretanya hancur, hangus terbakar terkena serangan roket, namun ajaibnya senaskhah Al Quran di dalam keretanya cuma terbakar sedikit sahaja. Allahuakhbar!!!


Doakan para Mujahidin kita di Palestine


Doa ialah senjata orang mukmin. Jom Sama2 Kita Doakan Untuk GAZA...
"YA ALLAH SELAMATKAN BUMI PALESTIN, BERIKANLAH MEREKA KETEGUHAN IMAN. AMIN"





Masih ingat tentang berlakunya kiamat? Salah satu daripadanya adalah banyaknya berlaku pertumpahan darah. Tidak dapat dinafikan dunia kini sedang menuju ke akhirnya. Bila? Tiada sesiapa yang ada jawapannya 
melainkan Allah Yang Maha Agung.

Wednesday, 14 November 2012

5 Perkara Membawa Wanita Ke Syurga


Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama, seperti :-


Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) :

Jika seseorang wanita solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadan & taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.


Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) :

Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu. Jika kau menyuruhnya & dapat menjaga dirinya & hartanya ketika engkau tidak bersamanya.


Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : 

Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis & hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya & akan dijadikannya boleh berbica. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah s.w.t


Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : 

Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah s.w.t


Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : 

Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.


Tuesday, 13 November 2012

Kata-kata Nasihat

Kata-kata Hikmah, penawar bagi hati ... 

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. 

2) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. 

3) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

4) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

5) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

6) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah

7) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak

8) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

9) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera

10) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki. 

11) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. 


12) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

13) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

14) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. 

15) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat. 


16) Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.

Monday, 12 November 2012

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w


Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah. Ia mengatakan :-

WAHAI manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan.
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga- jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkaraperkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemahlembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah- sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selamalamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku .Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu.

WabitTaufiq Walhidayah.Wassalam.

Wallahu'Alam Bissawob.

Friday, 9 November 2012

Kata-kata Mutiara

  • Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.
  • Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur.
  • Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.
  • "Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus
  • "Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire
  • "Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu." ~ Whittier
  • "Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti" ~ Hukama
  • "Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang." ~ Anonim
  • "Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang." ~ William J. Siegel
  • Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
  • Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
  • Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
  • Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
  • Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
  • Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
  • Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal.
  • Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
  • Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.
  • Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
  • Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.
  • Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya.
  • Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
  • Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  • Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.
  • Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
  • Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.
  • Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.
  • Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari.

Monday, 5 November 2012

aL-Kisah "BerCINTA"

Sepasang 'Sweet Couple' sedang berjalan sambil berpegangan tangan..


GF: Awak..awak betul ke sayang saya?
BF: Lautan api pun saya sanggup redah demi mencapai cinta awak.
GF: Sayang awak.
Mudir: Ehem!..Lautan api pun sanggup diredah? lautan api Neraka sanggup x?
BF: Alamak!! Pengetua plak!!
Mudir: kamu berdua pergi ke pejabat saya sekarang!

Di Pejabat Pengetua..


Mudir: Awak betul sayang GF awak tu?
BF: Sayang kot..
Mudir: Adakah lepas sekolah menengah awak akan bernikah dengannya..
BF: Tak.
Mudir: Kenapa?
BF: Sejahat-jahat lelaki, dia tetap akan memilih pasangan yang terbaik. Lelaki tidak mahu berkahwin dengan wanita yang MUDAH didapati.

Si BF pun beredar dan Si GF masuk ..

Mudir: Awak percaya BF awak akan berkahwin dengan awak?
GF: Saya percaya!!

Duhai Kaum Hawa..
Jangan mudah percaya dengan janji palsu..
Jangan mudah percaya dengan kata2 manis..
Kerana !!!
Janji2 palsu itu akan diketemui kebenaran yang amat menyedihkan..
Kata2 manis itu akan menjadi pahit dan amat menyakitkan..

Jadilah Sekuntum Mawar Berduri yang Cantik dipandang,
Namun,
Sukar dicapai disebabkan duri yang mencucuk jari si pemetik.

~ Jika dia mencintaimu kerana Allah, dia tidak akan mengajakmu BERCOUPLE..tetapi mula BERFIKIR DAN BERGERAK ke arah PERNIKAHAN..

~ Jika memang dia mencintaimu, maka dia akan melamarmu atau dia mencintaimu DALAM DIAM, tidak mengganggu KESUCIAN HATIMU..

~ Jika benar dia mencintaimu, dia tidak akan mengajak kamu ke arah hubungan yang SALAH, MENDEKATI MAKSIAT..

Barulah cinta kalian itu SEMPURNA, cinta KERANA ALLAH..


Siapa yang berkata MENCINTAI PASANGANNYA, tetapi dia TIDAK MENJAGA pasangannya dari NERAKA ALLAH..maka dia telah BERBOHONG DENGAN CINTANYA..

Bicara Islam (1)


Ada satu pertemuan antara "lelaki Inggris dan Syeikh" di Kota London. Mereka berbualkan tentang wanita islam. Nak tahu ape die? Jom.... Kita baca :)

Lelaki Inggris: "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?"

Syeikh: "dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth?

Lelaki Inggris: "Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat berjabat tangan dengan ratu."

Syeikh tersenyum & berkata: “Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).”

Lelaki Inggris: "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?"

Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.

Syeikh: “Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang Anda pilih?

Lelaki Inggris: "Yang tertutup...”

Syeikh: “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.”

Si Inggris menjawab: "Wow Islam is Amazing...

Begitu lah al-kisah perbualan antara mereka. Apa pendapat korang? Saya nak nasihatkan pada wanita yg masih belum menutup aurat, TUTUP lah. Jika, kamu tak sayang kan diri kamu, tolonglah sayangkan ibu bapa kamu. Saya merayu sangat..

Pada wanita diluar sana, insafkan lah diri dan jom baca yg bawah ni pulak. 

"Jangan jadi seperti TAHI yg sentiasa busuk, dan dikerummuni lalat2 yg kotor.

Jangan jadi seperti BUNGA yg sentiasa cantik, tetapi selalu dihinggapi kumbang, dihisap madunya.

Tapi...

Jadilah seperti CINCIN yg sentiasa cantik, bersih, sgt berharga, disimpan dan dijaga selagi belum dibeli oleh pemiliknya ♥

** Wahai Wanita, Jagalah maruah dan kehormatan diri kamu **


Monday, 29 October 2012

Hukum Amalan 'Hantaran'



Rasulullah SAW pernah bersabda: “Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.” – [al-Adab al-Mufrad, Hadis No: 594 dengan Sanad yang Hasan]

Merujuk kepada amalan dulang-dulang hantaran, ia merupakan adat masyarakat Melayu di Malaysia. Justeru saling memberi hadiah adalah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam. Sekalipun adat, ia memiliki dasar di dalam Islam di mana dulang-dulang tersebut merupakan hadiah di antara pengantin pihak lelaki dan perempuan.

Diharapkan dengan pertukaran hadiah-hadiah tersebut, ia akan dapat menjalin hubungan silaturrahim dan kasih sayang yang baik di antara kedua-dua keluarga pengantin.

Walau bagaimanapun, syarat-syarat hadiah adalah ia diberikan secara ikhlas, mengikut kemampuan pemberi dan tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga di hadapan orang lain. Oleh itu, amalan memberi dan bertukar dulang-dulang hantaran di antara pengantin pihak lelaki dan perempuan ialah HARUS dan ianya hendaklah dilakukan secara ikhlas, yakni mengharapkan balasan dan keredhaan Allah.

Ia hendaklah disediakan dengan kos yang selari dengan kemampuan pemberi, jangan sehingga berhutang atau makan mee segera semata-mata untuk menyediakan dulang hantaran. Paling penting, persediaan dulang-dulang hantaran adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang di antara kedua-dua pihak pengantin. Maka, jangan jadikan ia sumber menunjuk-nunjuk kehebatan, kemewahan dan status kepada orang lain.

Betapa banyak majlis pertunangan dan perkahwinan yang dulang-dulang hantarannya diharapkan menjadi sebutan orang, namun selepas itu kehidupan kedua-dua mempelai mahupun hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua pihak tidak seperti yang diharapkan.

Sunday, 28 October 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Ini adalah 9 mimpi Nabi Muhammad SAW sebelum di israqkan. Mimpi-mimpi berlaku pada malam Nabi Muhammad SAW sebelum Baginda di Israqkan.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"
Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan"


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


Sabda Rasulullah saw: "Sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat"


7 Sunnah Rasulullah s.a.w

Cara hidup siapa lagi yang kita hendak ikut kalau bukan junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW. Jom kita ikuti apakah sunnah rasulullah saw semasa hayat baginda masih hidup.


Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
KelimaJaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Jadi apa tunggu lagi, jom kita sama-sama terapkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita  sepertimana baginda ada bersabda iaitu  “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Monday, 22 October 2012

Mengenali Nabi Muhammad s.a.w

     Rasulullah SAW atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah merupakan seorang manusia yang paling layak untuk dijadikan idola paling unggul di dalam sejarah kehidupan manusia.

     Dilahirkan pada pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi, baginda Rasulullah SAW merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana dunia sebagai pemimpin. P
aling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya sehingga kini.

     Ketika berusia lima tahun, dada Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya.

     Bapa baginda, Abdullah bin Abdul Muttalib telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan ibunya Aminah binti Wahab pula wafat ketika baginda berumur 6 tahun yang kemudiannya meletakkannya dibawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib bin Hashim. 

     Setelah datuknya meninggal dunia dua tahun kemudian, Muhammad SAW dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Muttalib, sehingga dewasa.

     Muhammad SAW digelar sebagai Al-Amin yang mencerminkan ketinggian intergiti dan akauntabilitinya sebagai individu yang paling dipercayai di kalangan masyarakat Makkah Al-Mukarramah.

     Berikut adalah biodata Rasulullah SAW, insan idola bagi seluruh manusia sehingga ke akhir zaman;

NamaMuhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan. (Bani Hashim)

Nama bapaAbdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Nama ibuAminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Tempat lahirDi rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Tarikh lahirSubuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

Tarikh wafat : Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.

Tempat wafatMadinah Al-Munawwarah.

Usia ketika wafat63 tahun.

Nama isteri-isteri :
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)
*semua ummul mukminin adalah janda melainkan Sayyidatina Aisyah Binti Abu Bakar

Nama anak-anak :
1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)

Bentuk fizikal :
     Baginda Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu. 

     Muhammad SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang lebar dan tidak berbulu. Namun diriwayatkan bahawa bahagian dadanya berbulu dan baginda memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal. 

     Riwayat juga menyatakan bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Di antar kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian. 

     Selain itu, Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi, berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.

Warna kegemaran
Merah, Putih dan Hijau.

Makanan kegemaran
Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.

Sukan kegemaran
Menunggang kuda, memanah dan berenang.

Peperangan yang disertai :
1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5. Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk

     Demikianlah sebahagian dari biodata ringkas Muhammad SAW, manusia terulung dan kekasih Allah SAW yang bakal memberikan syafa’at kepada umatnya pada hari kiamat kelak.

     Semoga kita ummat Muhammad SAW akan terus kekal meneruskan sunnah baginda selagi hayat dikandung badan dan menjadikannya sebagai idola yang terunggul di dalam hidup kita selamanya, wallahu’alam. 


Sunday, 21 October 2012

Mimpi Dalam Konteks Islam


MASYARAKAT kita sering mengaitkan mimpi sebagai petunjuk kepada perkara baik atau buruk. Namun, tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat.
Pegawai Agama Masjid Putra Nilai, Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanafi, berkata kepercayaan masyarakat kepada penafsiran mimpi adalah tidak bersandarkan dalil syarie yang disepakati ulama mengenai kesahihannya.
“Kitab rujukan seperti Tajul Muluk dan sebagainya bukanlah satu kitab muktabar. Ia hanyalah petua orang terdahulu. Umat Islam perlu memilih panduan berkaitan permasalahan penafsiran mimpi ini sebagaimana hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:   “Jangan engkau ceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang alim atau orang yang cerdik akalnya.
“Nabi Yusof a.s diberikan mukjizat mahir menafsir mimpi sehingga berjaya mengeluarkan negara Mesir daripada kemarau yang panjang melalui mimpi rajanya ketika itu.
“Bahkan nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, sesiapa yang bermimpi berjumpaku dalam mimpi maka ia benar kerana iblis tidak dapat menyerupai wajahku.
“Persoalannya, sejauh mana keyakinan dan pengetahuan kita berkaitan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan di sinilah orang ramai mengaku berjumpa nabi s.a.w dalam mimpi yang mendakwa mereka berkomunikasi dengannya dalam bahasa Melayu,” katanya.
Beliau berkata menghairankan apabila nabi s.a.w berbangsa Arab Quraisy mampu bertutur dalam bahasa Melayu dan dengan itu terserlah tugas iblis yang mahu menyesatkan orang ramai.

“Petanda dalam mimpi seperti patah gigi, dibelit ular, dikejar ombak dan sebagainya ada tafsiran tersendiri sebagai ilham yang dikurniakan kepada individu dengan syarat tertentu seperti orang itu bertakwa, tidak melakukan maksiat. Barulah petunjuk itu hampir kepadanya.
“Paling jelas, sekiranya seseorang bermimpi berada dalam rumah ibadat agama lain itu adalah petanda orang berkenaan akan ditimpa musibah sihir,” katanya.
Beliau berkata apabila kita bermimpi perkara buruk atau ngeri, nabi s.a.w mengajar kita supaya mendapatkan berlindung daripada Allah s.w.t.
Menurutnya, orang yang mendakwa bermimpi arwah boleh disebabkan waris amat merinduinya sehingga terbawa-bawa dalam tidur.
“Justeru, pastikan kita mengikut sunnah sebagaimana yang diajar nabi s.a.w seperti membaca ayat Kursi. Hadis al-Bukhari yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Baginda bersabda yang bermaksud: Apabila engkau baring di tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi. Maka sesungguhnya akan sentiasa bersamamu penjaga daripada Allah dan syaitan tidak menghampirimu sehingga subuh.
“Nabi s.a.w juga mengajar supaya merapatkan kedua belah tangan, kemudian meniup keduanya dengan membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudiannya menyapu seluruh tubuhnya dengan kedua belah tangan dimulakan dari kepala,muka kemudian seluruh badan yang tercapai tangan sebanyak tiga kali,” katanya.